Berdasarkan tugasan projek ini kami dapat menimba banyak kefahaman baru. Kefahaman baru yang kami perolehi ialah kami dapat mencipta permainan kanak-kanak yang baru berdasarkan kemahiran pergerakan asas yang kami pelajari. Kategori permainan yang kami hasilkan ialah kategori serangan/kawasan. Kami dapat mengaplikasikan permainan asal dengan mencipta permainan baru. Nama permainan baru yang kami cipta ialah ‘The Lord Of The Ring’. Selain itu, kefahaman yang kami perolehi ialah kami dapat mencipta blog sendiri. Disamping itu, kami dapat mengaplikasikan permainan yang kami cipta dengan menggunakan blog untuk mempamerkan hasil kerja kami.
Dari segi kemahiran-kemahiran baru yang kami perolehi selepas penghasilan bahan produk PBL ini, kami dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran pergerakan asas yang telah kami pelajari seperti berlari, membaling bola, dan menerima bola yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Tambahan lagi, kemahiran ICT juga dapat kami praktikkan setelah penghasilan bahan produk PBL ini dengan lebih menarik untuk kami pamerkan permainan ‘The Lord Of The Ring’ yang kami cipta dalam blog atau laman web.
Keberkesanan daripada penghasilan projek ini kami dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui mengenai permainan kanak-kanak yang kami cipta. Selain itu, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai ICT.
Pengaplikasian kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi dengan tugas seharian dari segi proses pengajaran dan pembelajaran kami dapat mengintergrasikan kemahiran penggunaan ICT dalam proses pembentangan hasil kerja kami melalui power point yang kami sediakan agar lebih menarik dan tidak bosan. Selain itu, dari segi kokorikulum kami dapat mencari video sesuatu permainan yang kami tidak tahu. Misalnya, bola jaring, hoki dan sebagainya. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kami tentang sesuatu perkara.
Keberkesanan projek yang dilaksanakan agak memberangsangkan. Dari segi permainan yang kami cipta, kesannya amat mendalam dalam diri kami. Hal ini kerana kami dapat memahami dengan jelas mengenai permainan ‘The Lord Of The Ring’ yang kami cipta. Misalnya, prosedur perlaksanaan, syarat-syarat permainan dan sebagainya. Tinjauan dalam melaksanakan tugasan projek ini telah mengeratkan hubungan silaturrahim kami sesama ahli kumpulan. Disamping itu, melalui kemahiran ICT juga banyak memberi impak yang positif kepada kami. Hal ini kerana kami dapat memahirkan diri dalam penggunaan ICT. Misalnya, pembinaan blog atau laman web, penggunan internet dan enjin pencarian.
0 comments:
Post a Comment