~SELAMAT DATANG~

You are most welcome here....
drop your link before you leave...<3

PENJEJAK TAPAK KAKI

Tuesday, September 27, 2011

PENGENALAN



Tugasan PJM3102 perlu dilaksanakan dengan mencipta satu permainan kanak-kanak melalui kategori yang dipilih berdasarkan kemahiran pergerakan asas yang dipelajari. Kategori permainan yang kami pilih ialah permainan kategori serangan/kawasan.  Bagi menyiapkan tugasan ini kami perlu menyediakan laman web atau blog aktiviti permainan kanak-kanak. Isi kandungan laman web atau blog merangkumi tajuk, matlamat, objektif dan panduan perlaksanaan permainan.

Tajuk permainan yang kami pilih ialah ‘The Lord Of The Ring’. Permainan ini memerlukan tujuh orang peserta dalam satu pasukan. Setiap ahli kumpulan akan diletakkan dalam kawasan masing-masing. Salah seorang daripada setiap pasukan akan menjadi penjaga gol. Bola perlu dihantar secara membaling atau melantun. Jadi, kemahiran pergerakan asas yang kami gunakan dalam permainan ini ialah kemahiran membaling atau melantun. Disamping itu, kemahiran menerima bola juga kami praktikan dalam permainan kanak-kanak ini.

Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan ini. Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.  Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar. 

Selain itu, melaui permainan ‘The Lord Of The Ring’ ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak ‘The Lord Of The Ring’ bukan sahaja dapat menjadikan pelajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. 


0 comments:

Post a Comment

 

KECIK TAPAK KAKI Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template